PROGRAM PINJAMAN NETBOOK KOMUNITI

Syarat- syarat pinjaman netbook Komuniti.

1. Warganegara Malaysia
2. Ahli Pusat Internet 1 Malaysia cawanganKampung Baru Air Tawar.
-Yuran Keahlian Adalah RM 5.00 seumur hidup.
3. Bermastautin tetap di kawasan berhampiran Pusat Internet 1 Malaysia cawanganKampung Baru Air Tawar.
4. Tiada sekatan umur dikenakan untuk meminjam tetapi peminjam berumur 18 tahun dan ke bawah mestilah mempunyai kebenaran dari ibu , bapa dan penjaga dengan mengemukakan borang kebenaran yang disediakan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia cawanganKampung Baru Air Tawar dan boleh didapati di Laman Web Pusat Internet 1 MalaysiaKampung Baru Air Tawar beserta salinan Kad pengenalan.
5. Tempoh pinjaman adalah seperti berikut;
- 15 hari untuk pelajar sekolah.
- 45 hari untuk kegunaan perniagaan, organisasi dan pertubuhan .
- Pihak Pusat Internet 1 Malaysian cawanganKampung Baru Air Tawar berhak untuk memendekkan atau memanjangkan tempoh pinjaman Netbook ini.
6. Pinjaman net book Komuniti adalah disediakan seperti berikut;
- 1 unit netbook Neural Allied (NB102BN455-ABX) 10 Inci.
- 1 unit bateri 11.1 v (8Jam).
- 1 unit pengecas 19 v (JY-19220)
Segala kos penyediaan perkakasan peripheral selain yang dinyatakan seperti di atas adalah tanggungan peminjam.
7. Larangan.
- tidak dibenarkan untuk menggadai, menyewakan kepada pihak lain, menjual netbook ini.
- Mengunakan netbook untuk tujuan penipuan, keganasan, pronografi , perjudian dan perkara yang menyalahi undang – undang Negara Malaysia.
- Tidak dibenarkan untuk Memasang Perisian Permainan (Software Game) dalam Netbook ini.
- Tidak dibenarkan Untuk mengubah suai perkakasan(Hardware) dalam Netbook Ini.
- Peminjam hendaklah menggunakan netbook ini dalam Daerah Mersing. Sekiranya ingin menggunakan netbook ini luar dari kawasan Mersing mestilah diberitahu kepada pihak Pusat Internet 1 Malaysian cawanganKampung Baru Air Tawar.
- Satu Keluarga hanya boleh meminjam hanya 1 unit Netbook Sahaja.
8. Kerosakkan dan kehilangan
- Kos membaik pulih netbook rosak yang di sebabkan oleh peminjam hendaklah ditanggung oleh peminjam.
- Kehilangan netbook ini semasa dalam tempoh pinjaman hendaklah diberitahu pada pihak Pusat Internet 1 Malaysian cawanganKampung Baru Air Tawar berserta dengan salinan Laporan polis. Sekiranya Tiada Salinan Laporan Polis peminjam perlu membayar gantirugi kehilangan sama dengan harga semasa netbook berkenaan.
9. Tanggungjawab
- Kami tidak akan bertanggung jawab atas kehilangan data peribadi, maklumat peribadi peminjam akibat serangan virus, kecuaian peminjam, kerosakkan komputer dan sebagainya dalam tempoh atau selepas pinjaman Netbook Ini.
- Peminjam bertanggung jawab sepenuhnya atas segala aktiviti penggunaan netbook semasa dalam tempoh pinjaman unit berkenaan.
10. Denda
- Denda lewat pemulangan akan dikenakan sebanyak RM 10.00 sekiranya tiada alasan bertulis yang munasabah diberikan kepada pihak pi1m.
11. Peminjam perlu mengikuti kelas yang disediakan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia sebelum boleh meminjam netbook Ini.
12. Segala pindaan dan perubahan syarat- syarat yang diatas adalah tertakluk di bawah pengurusan Pihak Pusat Internet 1 Malaysia CawanganKampung Baru Air Tawar,