INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti
INFORMASI SEJARAH KAMPUNG

Kampung Baru Air Tawar merupakan sebuah kg yyang terletak di satu daerah ke selatan Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negeri Pahang. Ia juga terletak sekitar 4 km dari pekan kecil Endau yang disempadani oleh Sungai Endau dengan Daerah Rompin di Pahang.

Peringkat Awal iaitu sebelum kehadiran tentera Jepun dalam perang dunia kedua, kampong ini adalah merupkan penempatan kecil kaum Cina. Masyarakat Cina ini akhirnya melarikan diri apabila kedatangan Jepun. Kehidupan secara bercucuk tanam kecil-kecilan telah ditinggalkan untuk keselamatan mereka. Ini mungkin ada kaitan dengan sejarah peperangan Cina dan Jepun suatu masa dahulu.

Di beberapa bahagian kampong terutamanya di penempatan kampong tersusun sekarang, kegiatan penanaman padi secara sara diri telah dijalankan oleh penanam padi tradisinal Maelayu yang mendiami Kampung Air Tawar.

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, pola penduduk telah berubah dangan hamper keseluruhan penduduk kampong Baru Air Tawar adalah terdiri daripada kaum Melayu dan mengerjakan pekerjaan secara sendirian seperti pertanian secara kecil-kecilan. Manakala sebahagian besar penduduk adalah terdiri daripada yang bekerja dengan Agensi kerajaan dan Sektor Swasta.

Jumlah penduduk Kg Baru Air Tawar seramai 1140 orang dengan keluasan Kampung 1170 Ekar Persegi.

Pekerjaan Penduduk setempat kebanyakkan BEKERJA SENDIRI sebagai Petani, Penternak, Peladang, Peniaga, Tukang dan Nelayan. Selebihnya merupakan Kakitangan Kerajaan Dan Swasta, Pesara dan Tidak Bekerja.

Ahli Politik

    Latif Ahmad

  1. Y.B. Datuk Dr. Haji Abdul Latif bin Ahmad
  2. Ahli Parlimen Mersing

     Alwiyah Talib

  1. Y.B. Alwiyah binti Talib .
  2. ADUN Endau
Rekreasi & Pelancongan
HUTAN LIPUR GUNUNG ARONG

Terletak 22 km dari pekan Endau, melalui jalan Mersing-Endau, 151 km dari Johor Bahru. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Mersing .

Tarikan:
1. Kajian/ Pendidikan
2. Sungai
3. Berkhemah
4. Trekking
5. Mendaki Gunung


Kemudahan
1. TEMPAT LETAK KERETA
2. TANDAS
3. PONDOK REHAT
4. CHALET / ASRAMA
5. MASJID
6. DEWAN SERBAGUNA


Pegawai Hutan Daerah:
Pejabat Hutan Daerah Johor Timur,
86800 Mersing, Johor.
Tel. : 07-7991033


TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN (NATIONAL PARK)

Taman Negara Endau Rompin, terletak di sempadan Johor/Pahang, merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 80,000 hektar kaya dengan flora dan fauna eksotik, yang meliputi kawasan tadahan air sungai Endau dan Rompin, bersesuaian dengan namanya. Dalam erti kata lain, tempat ini sangat luas.

Taman ini merupakan rumah yang besar bagi spesies burung, mamalia, katak, serangga dan pelbagai eksotik orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok. Boleh dikatakan setiap kali ekspedisi saintifik kembali dari Endau Rompin, spesis baru ditemui!

Para pengembara boleh menyaksikan haiwan monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir dan kadang-kadang harimau serta harimau bintang dengan menjejaki laluan trek yang melalui hutan. Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang agak besar.

Untuk melindungi persekitaran yang harmoni ini, hanya kawasan-kawasan yang terhad dibuka bagi ekopelancongan. Kemasukan ke taman itu memerlukan permit khas dari Johor National Park Corporation.

Panduan Perjalanan
- Menaiki Kereta atau Teksi


Dari Kuala Lumpur-Bahau-Muadzam Shah-Bandar Rompin-Taman Negara Endau Rompin. Dengan perjalanan kira-kira empat hingga empat jam setengah, tindakan anda mengunjungi Taman Negeri Endau-Rompin berbaloi. Dari Kuantan ke Rompin pun, kira-kira dua jam perjalanan. JIKA anda dari Johor Bharu, anda hanya perlu ke Mersing-Tanjung Gemok, kemudiannya ke Bandar Rompin sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Selendang Satu dan beberapa minit kemudiannya anda sudah memasuki Taman Negeri Endau-Rompin.

RESTORAN NUSANTARA

Restoran Nusantara. No. 42, Jalan Mersing, 86900, Endau, Johor Darul Takzim Sebuah restoran yang terkenal. Restoran yang sungguh menarik pembinaannya. Sebahagian tempatnya mempunyai ukiran kayu yang halus seninya.. Restorant Nusantara Endau ini akan menjadi tempat tarikan pelancong. Kebanyakkan pemandu-pemandu bas akan berhenti rehat dan makan minum disini.

Kemudahan Awam

Kemudahan Asas

PI1M

Kebajikan dan keperluan penduduk Kampung Baru Air Tawar turut dijaga dan tersedia dengan adanya kemudahan asas dan awam. Kemudahan yang paling penting seperti jalan raya berturap, bekalan air dan elektrik disalurkan dengan cukup kepada seluruh penduduk. Antara kemudahan lain adalah surau, Tadika, dan balai raya yang dibina di dalam kawasan kampung untuk kegunaan penduduk setempat. Malah, kampung ini mempunyai perpustakaan desa yang menempatkan buku-buku ilmiah untuk rujukan di samping menyediakan perkhidmatan menggunakan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan mengakses Internet.

Kemudahan seperti di PIK Kampung Baru Air Tawar dan perpustakaan desa banyak memberi kebaikan kepada penduduk. Ia mampu menarik penduduk dari kampung sekitar untuk menggunakan kemudahan komputer di sini. Penduduk juga saling bekerjasama menjaga dan memelihara kemudahan yang disediakan kepada mereka. Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berperanan memastikan kemudahan yang terdapat di kampung ini berada di dalam keadaan baik dan akan sentiasa berusaha menambahkan lagi kemudahan infrastruktur demi kepentingan penduduk.

Kesihatan

Penduduk Kampung Baru Air Tawar mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Desa KampungHubong yang beroperasi setiap Ahad hingga Khamis, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kedudukan klinik ini tidak jauh dari penempatan penduduk dan mudah bagi mereka untuk datang mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

PI1M

Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini adalah klinik kesihatan kanak-kanak, ibu mengandung, postnatal, perancang keluarga dan turut menyediakan perkhidmatan rawatan ke rumah ke rumah untuk wanita mengandung. Kadar bayaran sama seperti klinik desa lain iaitu RM1.00 untuk pesakit luar dan RM15.00 bagi warga asing. Sekiranya berlaku kes-kes kritikal, pihak klinik akan merujuk kepada Klinik Kesihatan Endau yang terletak lebih kurang 4 km dari Kampung Baru Air Tawar.

Keselamatan

Rela

Keselamatan Kampung Baru Air Tawar secara amnya adalah di bawah jagaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA). JKKK sentiasa memantau keadaan kampung bagi memastikan tiada aktiviti jenayah yang boleh mengancam keselamatan kampung. Pihak JKKK amat peka dengan segala perkara berkaitan dengan keselamatan kampung dan rondaan secara berkala merupakan antara cara untuk menjamin keamanan terus tercapai.

Polis

Segala aduan dan kegiatan jenayah akan dilaporkan terus ke Balai Polis Endau yang merupakan balai polis terdekat dengan kawasan kampung ini. Di samping itu, penduduk juga bekerjasama dengan pihak polis, JKKK dan RELA dalam menjaga keselamatan kampung dan mengelakkan kegiatan jenayah berlaku di kampung ini.

Hubungi
Balai Balai Polis Endau
No. Telefon 07-7942754
Kemudahan
Pendidikan

Pendidikan

Sekolah Rendah.

Kampung Baru Air Tawar berhampiran dengan sekolah yang menyediakan kemudahan pendidikan anak-anak Kampung. Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar merupakan institusi pendidikan yang disediakan khas untuk kemudahan anak-anak penduduk kampung di sini.

Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar dianggarkan mempunyai jumlah murid seramai 392 orang yang menempatkan anak-anak penduduk Kampung .

Sekolah Rendah
Nama Sekolah Rendah Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar
Nama Guru Besar Puan Zabidah Binti Abdullah
No. Telefon 07-7943499

Selain Itu juga Kampung Baru Air Tawar berhampiran dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Hubong yang menyediakan kemudahan pendidikan anak-anak Kampung.

Sekolah Rendah
Nama Sekolah Rendah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Hubong
Nama Guru Besar Puan Chang Chwee Neo
No. Telefon 07-7944500

Sekolah Agama.

Selain daripada Sekolah Rendah, terdapat Sekolah Agama iaitu Sekolah Agama Pusat Air Tawar. Sekolah ini menempatkan anak- anak penduduk Kg Air Tawar .

Sekolah Menengah.

Di dalam kawasan Kg Baru Air Tawarini mempunyai sebuah sekolah menengah bantuan kerajaan yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin. Semua anak- anak penduduk Kg Baru Air Tawar bersekolah di sekolah tersebut setelah tamat sekolah rendah. Sekolah tersebut menjalankan 2 sesi pembelajaran iaitu pagi dan petang. Sebelah pagi adalah sesi pembelajaran untuk tingkatan 3, 4, 5 dan 6 manakala sebelah petang adalah sesi pembelajaran untuk tingkatan 1 dan 2 sahaja.

Sekolah Menengah
Nama Sekolah Menengah Sek. Men.Keb. Ungku Husin
Nama Pengetua Cik Ainul Hayati Binti Ab Raof
No. Telefon 07-7943234
Pendidikan
Kisah Kejayaan

-Tiada Maklumat-

Keusahawanan