Program Bersama Pra Sekolah
28 Februari 2016| Aktiviti Terkini masa 8.30 pagi
Sesi dimulakan dengan sedikit ucapan taklimat dari En. Hasbullah Mohamed bagi menerangkan Program yang akan dilakukan bersama-sama pelajar Pra sekolah.
Majlis diteruskan dengan aktiviti Mewarna bagi pelajar berumur 5 tahun. Manakala, aktiviti Mewarna dan membuat Topeng Muka bagi pelajar berumur 6 tahun.
Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang, “goodies beg” kepada semua pelajar dan terakhir cenderahati kepada guru yang membantu kami dalam menjayakan Program ini.
Jamuan Makan dan bersurai.
Program ini adalah untuk merapatkan hubungan Staff PI1M dengan guru-guru dan pelajar-pelajar Pra Sekolah. Ia jua sebagai sesi memperkenalkan PI1M kepada Warga Pra Sekolah.