Sambutan Hari Kemerdekaan
29 Ogos 2018 | Rabu
8.30 pagi – 12.30 tengahari | Balai Homestay Felda Tenggaroh 2, Johor
Tujuan:
Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid, guru-guru serta petugas PI.
Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua murid dari umur 3-4 tahun. Semoga aktiviti yang
dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid tentang semangat perjuangan serta menjalinkan hubungan
mesra di antara pihak PI dan Pusat Literasi Keluarga Felda.
Kelebihan:
i. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada Negara.
iii. Mencungkil bakat terpendam murid-murid.
Penglibatan:
Peserta program.
Perlaksanaan Aktiviti:
1. Penjualan Simkad.
2. Pertandingan Mewarna.
3. Pertandingan Pakaian Merdeka.
4. Pertandingan Basikal Berhias.
5. Penyampaian Hadiah dan bersurai.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: