Kursus Pencegahan Kebakaran

12 Februari 2019 | Selasa
10.00 pagi – 12.00 tengahari | Pusat Internet Kampung Baru Air Tawar, Johor

Tujuan:
Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan berkenaan aspek keselamatan kebakaran. Kebakaran adalah satu bencana yang disebabkan oleh pembakaran yang boleh terjadi seperti kebakaran tidak dapat dikawal, lintar pintas elektrik yang mungkin membahayakan nyawa manusia, bangunan atau ekologi. Ia mungkin terjadi secara sengaja atau tidak sengaja. Asas pencegahan kebakaran amat diperlukan bagi mengelakkan kecederaan atau kematian serta kerosakkan harta benda yang bernilai.

Kelebihan:
Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan Pusat Internet Daerah Mersing bersama-sama Ahli MPKK Kg Baru Air Tawar dan Ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

Penglibatan:
Para Peserta.

Perlaksanaan Aktiviti:
Kursus Pencegahan Kebakaran yang melibatkan kesemua kakitangan Pusat Internet Daerah Mersing disampaikan oleh Pasukan Bomba Endau. Pasukan Bomba Endau juga menjemput wakil komuniti setempat iaitu Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Baru Air Tawar dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Endau untuk turut serta dalam menghadiri kursus yang dianjurkan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :