KELAS PEMBELAJARAN ICT

Aktiviti terkini | 4 Mei 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg Baru Air Tawar

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas Asas Microsoft Word ini bertujuan melatih dan mengajar pelajar- pelajar menggunakan Microsoft Word dengan mudah. Pelajar- pelajar dapat memahami dan membuat tugasan yang diberikan dengan betul dan kreatif mengikut idea dan kebijaksaaan dalam menggunakan Microsoft Word ini.
• Microsoft word banyak membantu pelajar dari segi menaip, menyalinkan dan menampal ayat, membina jadual, mencipta, mengedit, menyimpan dan menggabungkan dokumen.
• Pemahaman Asas Microsoft Word permulaan bagi pelajar-pelajar untuk memahami perkakasan Asas di dalamnya sebelum ke peringkat microsoft yang lain.
• Pelajar dapat mengulang kembali subjek yang dibelajar untuk mengingati fungsi-fungsi dalam Microsoft Word.

Tujuan :
• Melatih pelajar- pelajar menggunakan Microsoft Word
• Mengenal fungsi-fungsi yang ada di dalam Microsoft Word

Butiran-Butiran Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kehadiran pelajar
• Proses pembelajaran bermula
• Tugasan
• Sesi soal jawab
• Bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Persediaan Sekolah: Pelajar lebih bersedia dan mahir dalam menyiapkan Latihan kerja sekolah di dalam Komputer.
• Kemahiran Penyuntingan Teks: Pelajar memahami penyutingan teks, termasuk penjenamaan, penyelasan dan pemformatan. Kemahiran ini menghasilkan dokumen jelas dan mudah dibaca.
• Kemahiran Pembelajaran Kendiri: Pelajar dapat menggunkan sumber- sumber dalam talian dan bantuan dalam Word untuk meningkatkan Kemahiran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :