Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Baru Air Tawar merupakan sebuah kampung yang terletak di satu daerah ke selatan Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negeri Pahang. Ia juga terletak sekitar 4 km dari pekan kecil Endau yang disempadani oleh Sungai Endau dengan Daerah Rompin di Pahang.

Peringkat awal iaitu sebelum kehadiran tentera Jepun dalam perang dunia kedua, kampung ini adalah merupkan penempatan kecil kaum Cina. Masyarakat Cina ini akhirnya melarikan diri apabila kedatangan Jepun. Kehidupan secara bercucuk tanam kecil-kecilan telah ditinggalkan untuk keselamatan mereka. Ini mungkin ada kaitan dengan sejarah peperangan Cina dan Jepun suatu masa dahulu.

Di beberapa bahagian kampung teruamanya di penempatan kampung tersusun sekarang, kegiatan penanaman padi secara sara diri telah dijalankan oleh penanam padi tradisinal Maelayu yang mendiami Kampung Air Tawar.

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, pola penduduk telah berubah dangan hamper keseluruhan penduduk kampung Baru Air Tawar adalah terdiri daripada kaum Melayu dan mengerjakan pekerjaan secara sendirian seperti pertanian secara kecil-kecilan. Manakala sebahagian besar penduduk adalah terdiri daripada yang bekerja dengan Agensi kerajaan dan Sektor Swasta.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Makan Malam Perhimpunan NGO Mersing

25 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Program kali ini adalah sempena majlis Makan Malam Bersama Badan NGO Daerah Mersing
Antara aktiviti yang di jalankan adalah ketibaan tetamu , Ketibaan tetamu VVIP dan VIP, Gimik Perasmian, Ucapan Perasmian, Persembahan SIlat dan nyanyian dari Band Mersing Busker dan makan malam.

Bacaan Yassin & Doa Selamat

Aktiviti | 10 Oktober 2015

Program ini bertujuan Sempernanya PI1M Kg Baru Air Tawar yang kini sudah beroperasi selama 3 bulan. Syukur ke hadrat illahi, alhamdulilah PI1M Kg Baru Air Tawar kini sudah mendapat sambutan yang mengalakkan dari komuniti setempat dan kerjasama pihak sekolah dan tidak lupa jua setinggi perhargaan kepada Ketua Kampung yang banyak membantu dalam mempromosikan PI1M...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Aktiviti | 30 Julai 2015

Program ini bertujuan memperkenalkan PI1M Kg Baru Air Tawar kepada pihak sekolah dan seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikkan dan keburukkan penggunaan internet...baca selanjutnya