Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Baru Air Tawar merupakan sebuah kampung yang terletak di satu daerah ke selatan Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negeri Pahang. Ia juga terletak sekitar 4 km dari pekan kecil Endau yang disempadani oleh Sungai Endau dengan Daerah Rompin di Pahang.

Peringkat awal iaitu sebelum kehadiran tentera Jepun dalam perang dunia kedua, kampung ini adalah merupkan penempatan kecil kaum Cina. Masyarakat Cina ini akhirnya melarikan diri apabila kedatangan Jepun. Kehidupan secara bercucuk tanam kecil-kecilan telah ditinggalkan untuk keselamatan mereka. Ini mungkin ada kaitan dengan sejarah peperangan Cina dan Jepun suatu masa dahulu.

Di beberapa bahagian kampung teruamanya di penempatan kampung tersusun sekarang, kegiatan penanaman padi secara sara diri telah dijalankan oleh penanam padi tradisinal Maelayu yang mendiami Kampung Air Tawar.

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, pola penduduk telah berubah dangan hamper keseluruhan penduduk kampung Baru Air Tawar adalah terdiri daripada kaum Melayu dan mengerjakan pekerjaan secara sendirian seperti pertanian secara kecil-kecilan. Manakala sebahagian besar penduduk adalah terdiri daripada yang bekerja dengan Agensi kerajaan dan Sektor Swasta.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Majlis Bacaan Yassin

Aktiviti Terkini | 14 Disember 2018

Tujuan program majlis bacaan yassin ini adalah untuk majlis kesyukuran dan keselamatan Pusat Internet Kampung Baru Air Tawar... baca selanjutnya

Booth Pameran & Jualan di Program Sempena Pembukaan Agrobox Mersing

Aktiviti Terkini | 10 November 2018

Program ini bertujuan mempromosikan PI disamping mendedahkan peluang-peluang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI untuk manfaat bersama. Ia juga dapat memberi kesedaran... baca selanjutnya

Program Advokasi “Klik Dengan Bijak” dan Promosi Digi

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2018

Program ini bertujuan mempromosikan PI disamping mendedahkan peluang-peluang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI untuk manfaat... baca selanjutnya

Mini Karnival Sayangi Malaysiaku

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 61 tahun bersama-sama penduduk setempat dan meraikan ahli-ahli Pusat Internet Pekan Nanas yang hampir mencecah 700 orang selama pusat internet sudah 3 tahun beroperasi... baca selanjutnya

Sambutan Hari Kemerdekaan

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2018

Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid, guru-guru serta petugas PI. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan... baca selanjutnya

Pertandingan Mencari Harta Tersembunyi

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018

Dapat melatih peserta dengan diberi klu untuk memulakan pencarian harta karun, setelah berjaya memiliki harta karun, peserta perlu menaip di dalam Microsoft word apakah harta karun yang mereka miliki, peserta yang mendapat banyak harta karun dikira sebagai pemenang... baca selanjutnya

Program Advokasi “Klik Dengan Bijak”

Aktiviti Terkini | 4 Julai 2018

Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI dan diselitkan dengan sedikit kuiz dan aktiviti untuk para pelajar. Program berakhir pada pukul 10.30 pagi dan pihak sekolah menerima cenderahati daripada pihak PI... baca selanjutnya

Pertandingan Kad Raya kreatif 2.0

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2018

Tujuan utama menjalankan Pertandingan membuat kad hari raya adalah menyedarkan dan memupuk semangat kerjasama... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Baru Air Tawar

Aktiviti Terkini | 5 Mei 2018

Program Hari Terbuka ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat... baca selanjutnya

KDB & Membuka Booth Pameran

Aktiviti Terkini | 3, 7 & 8 April 2018

Tujuan program ini adalah untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab (safety, security, and responsibility) yang menitikberatkan kawal selia kendiri... baca selanjutnya

Program Lawatan Sambil Belajar Tabika Kemas Felda Endau

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2018

Program dimulakan ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang pengenalan PI1M serta info-info ringkas kelebihan dan keburukkan Internet.

Seterusnya dimulakan dengan pengenalan Klik dengan Bijak tentang keburukan dan kebaikan internet dalam menggunakan penggunaan seharian.
Diteruskan, dengan Aktiviti pertandingan dijalankan iaitu pertandingan mewarna.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan goodies beg kepada peserta-peserta lawatan ke PI1M.
Bersurai.
baca selanjutnya

Karnival Sukan Rakyat

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

(8 .00 am)

Program dimulakan dengan membuka “Booth” pameran Pusat Internet 1 Malaysia
Pendaftaran nama-nama peserta untuk pertandingan.
Ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang pengenalan PI1M dan Kilik dengan Bijak tentang info-info ringkas kelebihan dan keburukkan Internet dalam menggunakan penggunaan seharian.
Diteruskan, dengan Aktiviti pertandingan dijalankan iaitu pertandingan mewarna.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.

Bersurai. baca selanjutnya

Program Kawalan kendiri dan Keselamatan Internet Bersama Politeknik Mersing

Aktiviti Terkini | 13 & 14 Mac 2018

12 Mac 2018 (09.00 am)

Pembukaan Both Pameran Pi1m Kluster Mersing bersempena program Reveal Global Business 4.0 Secret Anjuran MDEC dan politeknik ,disertakan program penilaian projek Akhir oleh penuntut – penuntut Politeknik Mersing

13 mac 2018 (09.00 Am)

Pembukaan Both Pameran Pi1m Kluster Mersing

Ceramah pengenalan Pi1M Dan Klik Dengan Bijak Oleh Pn Hazidah Harun(Pi1m Kg Baru Air Tawar) (bekas Pelajar Politeknik)

(10.00 Am)

Ceramah Kawal Selia Kendiri dan Keselamatan Internet Dari CMCF

(11.00 am)

Aktiviti Dan kuiz Klik Dengan Bijak.

(12.00 PM)

Makan minum dan Bersurai. baca selanjutnya

Program Muafakat Mukim Tenglu

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2018

baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Sekolah Kebangsaan Tenglu

Aktiviti Terkini | 07 Mac 2018

Program ini bertujuan memperkenalkan PI1M kepada pihak sekolah seterusnya memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet.
Melalui program ini, kami juga menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan PI1M menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI1M dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI1M pada masa akan datang.

Program ini dijalankan bersama pelajar-pelajar Tahap 2 iaitu pelajar-pelajar Tahun 4, 5 dan 6.
Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Staf PI1M dan diselitkan dengan sedikit kuiz untuk para pelajar. Program berakhir pada pukul 2.30 petang dan pihak sekolah menerima cenderahati daripada pihak PI1M. baca selanjutnya

Program Pesta Flora, Makanan dan Nenas tempatan

Aktiviti Terkini | 04 Mac 2018

Program dimulakan ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang pengenalan PI1M serta info-info ringkas kelebihan dan keburukkan Internet.
Seterusnya dimulakan dengan pengenalan Klik dengan Bijak tentang keburukan dan kebaikan internet dalam menggunakan penggunaan seharian.
Diteruskan, dengan Aktiviti pertandingan dijalankan iaitu pertandingan mewarna.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.
Bersurai.
baca selanjutnya

Program Solekan Dan Andaman

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

Program dimulakan ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang pengenalan PI1M serta info-info ringkas kelebihan dan keburukkan Internet. Seterusnya, aktiviti dijalankan iaitu Solekan Dan Andaman... baca selanjutnya

Program Kembali ke Sekolah Bersama Tabika kemas Sg Mengkuang

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Program dimulakan ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang pengenalan PI1M serta info-info ringkas kelebihan dan keburukkan Internet. Seterusnya,dua (2) aktiviti pertandingan dijalankan iaitu pertandingan Mencamtum nombor dan mewarna, Pertandingan Puzzle... baca selanjutnya