Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Baru Air Tawar merupakan sebuah kampung yang terletak di satu daerah ke selatan Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negeri Pahang. Ia juga terletak sekitar 4 km dari pekan kecil Endau yang disempadani oleh Sungai Endau dengan Daerah Rompin di Pahang.

Peringkat awal iaitu sebelum kehadiran tentera Jepun dalam perang dunia kedua, kampung ini adalah merupkan penempatan kecil kaum Cina. Masyarakat Cina ini akhirnya melarikan diri apabila kedatangan Jepun. Kehidupan secara bercucuk tanam kecil-kecilan telah ditinggalkan untuk keselamatan mereka. Ini mungkin ada kaitan dengan sejarah peperangan Cina dan Jepun suatu masa dahulu.

Di beberapa bahagian kampung teruamanya di penempatan kampung tersusun sekarang, kegiatan penanaman padi secara sara diri telah dijalankan oleh penanam padi tradisinal Maelayu yang mendiami Kampung Air Tawar.

Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, pola penduduk telah berubah dangan hamper keseluruhan penduduk kampung Baru Air Tawar adalah terdiri daripada kaum Melayu dan mengerjakan pekerjaan secara sendirian seperti pertanian secara kecil-kecilan. Manakala sebahagian besar penduduk adalah terdiri daripada yang bekerja dengan Agensi kerajaan dan Sektor Swasta.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Program Kembali ke Sekolah Bersama Pengguna PI1M

Aktiviti Terkini | 30 Disember 2017

Program dimulakan ucapan ringkas dari En Hasbullah b. Mohamed tentang info-info kelebihan dan keburukkan Internet. Seterusnya,tiga (3) aktiviti pertandingan dijalankan iaitu pertandingan Mewarna, pertandingan membalut buku dan Pertandingan Speeling Bee... baca selanjutnya

Program Cuti Sekolah Bersama Pengguna Pi1M

Aktiviti Terkini | 25 November 2017

Program dimulakan dengan senaman ringan diawal pagi dan diteruskan dengan aktiviti Gotong- Royong. Seterusnya,tiga (3) aktiviti Sukaneka dijalan iaitu Baling getah dekat botol, makan biskut atas dahi dan baling “Dart”. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan bersurai. baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak Bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin

Aktiviti Terkini | 4 Oktober 2017

Sebelum sesi di mulakan, sedikit informasi dan penerangan tentang PI1M.
Program dimulakan dengan Slide Show KDB dan berikutnya sesi Soal Jawab.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah.
Bersurai. baca selanjutnya

Program Memperkasa Muafakat Johor Islami Daerah Mersing

Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2017

Program ini bertujuan untuk menerapkan fahaman ahli sunnah waljamaah dikalangan peserta dan menjauhi berita - berita palsu yang disebarkan melalui media elektronik.

Tarikh Kursus : 3 Oktober 2017 (Selasa)
Lokasi : Politeknik Mersing . baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak Bersama Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar

Aktiviti Terkini | 27 September 2017

Sebelum sesi di mulakan, sedikit informasi dan penerangan tentang PI1M.
Program dimulakan dengan Slide Show KDB dan berikutnya sesi Soal Jawab.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah.
Bersurai. baca selanjutnya

Program Advokasi Klik Dengan Bijak Bersama Sekolah Kebangsaan Labong

Aktiviti Terkini | 20 September 2017

Sebelum sesi di mulakan, sedikit informasi dan penerangan tentang PI1M.
Program dimulakan dengan Slide Show KDB dan berikutnya sesi Soal Jawab.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah.
Bersurai. baca selanjutnya

Kursus Kejurulatihan (TTT) Modul Asas ICT Anjuran MCMC

Aktiviti Terkini | 6 September 2017

Satu kursus TTT akan di berikan kepada pengurus/pen. pengurus bagi 20 PI1M Negeri Johor yang terpilih.

Kumpulan sasar yang perlu dilatih berdasarkan modul ini adalah Pegawai JAIN, AJK Masjid/Surau, imam/bilal, guru takmir, guru KAFA, guru-guru sekolah agama dan NGO Islam yang ada di seluruh Malaysia yang dianggarkan hampir 1 juta orang. Mesyuarat Jawatan Bersama MCMC JAKIM dan JAIN yang melibatkan semua bahagian yang berkaitan telah bersetuju untuk menggunakan PI1M yang ada diseluruh negara sebagai tempat dan pihak yang akan melatih kumpulan sasaran yang ditetapkan mengikut negeri atau daerah masing-masing. Bagi negeri Johor, MCMC SRO telah memilih 2 PI1M dari setiap daerah untuk terlibat dalam program ini.

baca selanjutnya

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2017

Program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan penduduk setempat dan pengguna setia PI1M. Selain itu, Memperkenalkan PI1M kepada pengguna yang baru dan menerangkan peranan yang djalankan oleh PI1M. baca selanjutnya

Program Penukaran Minyak Hitam

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2017

Program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan penduduk setempat dan pengguna setia PI1M. Selain itu, Memperkenalkan PI1M kepada pengguna yang baru dan menerangkan peranan yang djalankan oleh PI1M... baca selanjutnya

Program Sambutan Hari Raya

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017

Program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan penduduk setempat dan pengguna setia PI1M. Selain itu, Memperkenalkan PI1M kepada pengguna yang baru dan menerangkan peranan yang djalankan oleh PI1M. baca selanjutnya

Program Memasak bubur lambuk Bersama Giat Mara Mersing dan PI1M Daerah Mersing

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2017

Program ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara warga kerja Pi1m Mersing dimana gabungan warga kerja Pi1m Cawangan Felda Nitar 2, Tanjung Genting dan Kg Baru Air Tawar bersama warga kerja Giat Mara Mersing beserta Pelajar dan pengunjung Bazar Ramadhan Taman Wawasan Mersing. baca selanjutnya

Program Aktiviti Bersama Pengguna PI1M

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2017

Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari En Hasbullah Mohamed selaku Pengurus PI1M dan sedikit pengenalan mengenai PI1M.
Sesi diteruskan dengan dua (2) Acara Pertandingan iaitu Acara pertama Bingo dan acara kedua Spelling Bee.
Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.
Bersurai.

baca selanjutnya

Mersing Art Festival 2017

Aktiviti Terkini | 24 April 2017 hingga 3 Mei 2017

Agensi- agensi dari Pejabat Daerah Mersing & Majlis Kebudayaan Daerah, Majlis Daerah Mersing, Kem Pelukis Niah, Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta, Kraftangan Malaysia, Titis Mas Enterprise, Studio Bonda, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Empower Ecer Mersing, Pejabat Belia Mersing, dan Wiwin World Enterprise yang terlibat dalam permbuka ‘booth’. ... baca selanjutnya

Pertandingan Membuat Sandwish kreatif

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2017

Sesi dimulakan dengan sedikit ucapan taklimat “Selamat Datang “ dari En. Hasbullah Mohamed bagi menerangkan Program yang akan dilakukan dengan kerjasama Staff Perpustaan Semaloi. ... baca selanjutnya

Mewarna Online

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2017

Sesi dimulakan dengan sedikit ucapan taklimat “Selamat Datang “ daripada En. Hasbullah Mohamed bagi menerangkan Program yang akan dilakukan bersama-sama pelajar Tadika Kemas... baca selanjutnya

Tiga acara, Spelling Bee, Fly Bird dan Wnnie and Pooh Colouring

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk mendekatkan silaturrahim diantara penduduk dengan... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Program Intel® Learn Easy Step dan Entrepreneurship Basic

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Intel telah memberi tumpuan untuk menyebarkan ilmu literasi komputer yang akan membawa negara mempertingkatkan daya saing dan menerajui teknologi di dalam ekonomi global digital. Intel menyokong objektif dasar teknologi maklumat negara untuk menjadikan seorang dari setiap isi rumah celik IT menjelang 2020 serta berusaha untuk memperkasakan komuniti di seluruh negara dengan maklumat dan teknologi komunikasi (ICT) dan akses kepada sumber-sumber dalam talian dan membawa bersama kebarangkalian yang tidak berkesudahan. baca selanjutnya

Program Pinjam Netbook Komuniti

Berita Terkini

Program Pinjam Netbook adalah program yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Baru Air Tawar Mersing Johor dimana ahli - ahli yang berdaftar dibawah Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Baru Air Tawar Mersing Johor diberikan kemudahan pinjam Netbook untuk kegunaan ahli dengan syarat - syarat yang diberikan

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya