Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Baru Air Tawar merupakan sebuah kampung yang terletak di satu daerah ke selatan Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negeri Pahang. Ia juga terletak sekitar 4 km dari pekan kecil Endau yang disempadani oleh Sungai Endau dengan Daerah Rompin di Pahang.
Peringkat awal iaitu sebelum kehadiran tentera Jepun dalam perang dunia kedua, kampung ini adalah merupkan penempatan kecil kaum Cina. Masyarakat Cina ini akhirnya melarikan diri apabila kedatangan Jepun. Kehidupan secara bercucuk tanam kecil-kecilan telah ditinggalkan untuk keselamatan mereka. Ini mungkin ada kaitan dengan sejarah peperangan Cina dan Jepun suatu masa dahulu.
Di beberapa bahagian kampung teruamanya di penempatan kampung tersusun sekarang, kegiatan penanaman padi secara sara diri telah dijalankan oleh penanam padi tradisinal Maelayu yang mendiami Kampung Air Tawar.
Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, pola penduduk telah berubah dangan hamper keseluruhan penduduk kampung Baru Air Tawar adalah terdiri daripada kaum Melayu dan mengerjakan pekerjaan secara sendirian seperti pertanian secara kecil-kecilan. Manakala sebahagian besar penduduk adalah terdiri daripada yang bekerja dengan Agensi kerajaan dan Sektor Swasta.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020PROGRAM KEMBALI SEKOLAH BERSAMA PENGGUNA PUSAT INTERNET
Aktiviti Terkini | 21 Disember 2019Program ini bertujuan mengeratkan hubungan Silaturahim Staff PI dengan pengguna-pengguna serta Penduduk setempat....baca selanjutnya
PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN MANGSA BANJIR DI PPS SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT AIR TAWAR
Aktiviti Terkini | 19 Disember 2019Penyerahan sumbangan bantuan mangsa banjir yang terdiri dari kampung – kampung sekitar Pusat Internet seperti Kampung Air Tawar, Kampung Semaloi , KAmpung Londang Batu, Kampung bukit Pasir di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar daripada pihak Digi Dan Merupakan Satu Projek Tanggung Jawab Koprat (CSR) Digi...baca selanjutnya
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA
Aktiviti Terkini | 14 November 2019Membersihkan sekeliling Masjid , Pusat Operasi RELA & PI...baca selanjutnya
PROGRAM WARNA-WARNI MUKIM KAHANG
Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2019Program ini adalah proses menyatupadukan anggota masyarakat, melalui idealogi kerajaan membentuk satu identity dan nilai serta perasaan kebangsaan bersama....baca selanjutnya
PAMERAN & AKTIVITI PROGRAM SANTUNI RAKYAT BERSAMA TPM
Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2019Memperkenalkan SKMM dan Pusat Internet kepada umum, selain membuat hebahan mengenai myfreeview....baca selanjutnya
QUIZIZZ DAN TAYANGAN FILEM PASKAL
Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2019Program ini dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan Am mengenai Negara Malaysia dan semangat cinta akan Negara bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia...baca selanjutnya
PROGRAM KDB SK TELUK LIPAT
Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2019Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya member kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet....baca selanjutnya
Program Kawal SeliaKendiri dan Keselamatan Internet dan Advokasi Klik Dengan Bijak(KDB)
Aktiviti Terkini | 18 September 2019Memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukkan penggunaan internet...baca selanjutnya
PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2019Menyambut kemeriahan dalam suasana Hari Kemerdekaan...baca selanjutnya
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS SG. MENGKUANG
Aktiviti Terkini | 28 Julai 2019Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya member kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet...baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR SMK UNGKU HUSIN
Aktiviti Terkini | 21 julai 2019Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya member kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI MRSM MERSING
Aktiviti Terkini | 17 Jun 2019Program ini bertujuan memperkenalkan PI kepada pihak sekolah seterusnya member kesedaran kepada semua pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Melalui program ini, kami juga akan menerangkan tentang fungsi dan keistimewaan Pusat Internet menerusi penganjuran program latihan ICT, senarai perkakasan yang ada di PI dan sebagainya kepada pihak sekolah dan para pelajar. Ini bertujuan supaya mereka faham dan berminat untuk menyertai aktiviti yang akan dilaksanakan oleh PI pada masa akan datang....baca selanjutnya
Program Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk Serta Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 11 Mei 2019Tujuan program ini adalah untuk membentuk kerjasama yang erat antara staf PI dengan kakitangan serta anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim... baca selanjutnya
Program Advokasi Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 17 & 24 April 2019Dapat mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat dan menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian... baca selanjutnya
Program Advokasi Klik Dengan Bijak di SMK Anjung Batu
Aktiviti Terkini | 5 Mac 2019Dapat mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat, menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian dan memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif dalam kalangan masyarakat... baca selanjutnya
Kursus Pencegahan Kebakaran
Aktiviti Terkini | 12 Februari 2019Kursus Pencegahan Kebakaran yang melibatkan kesemua kakitangan Pusat Internet Daerah Mersing disampaikan oleh Pasukan Bomba Endau. Pasukan Bomba Endau juga menjemput wakil komuniti setempat... baca selanjutnya
Program Kecergasan Diri 2019(Fitness)
Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan penjagaan kesihatan amat penting. Dewasa kini, ramai yang mengambil ringan terhadap kesihatan diri. Oleh yang demikian... baca selanjutnya