Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Baru Air Tawar merupakan sebuah kampung yang terletak di satu daerah ke selatan Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan negeri Pahang. Ia juga terletak sekitar 4 km dari pekan kecil Endau yang disempadani oleh Sungai Endau dengan Daerah Rompin di Pahang.
Peringkat awal iaitu sebelum kehadiran tentera Jepun dalam perang dunia kedua, kampung ini adalah merupkan penempatan kecil kaum Cina. Masyarakat Cina ini akhirnya melarikan diri apabila kedatangan Jepun. Kehidupan secara bercucuk tanam kecil-kecilan telah ditinggalkan untuk keselamatan mereka. Ini mungkin ada kaitan dengan sejarah peperangan Cina dan Jepun suatu masa dahulu.
Di beberapa bahagian kampung teruamanya di penempatan kampung tersusun sekarang, kegiatan penanaman padi secara sara diri telah dijalankan oleh penanam padi tradisinal Maelayu yang mendiami Kampung Air Tawar.
Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, pola penduduk telah berubah dangan hamper keseluruhan penduduk kampung Baru Air Tawar adalah terdiri daripada kaum Melayu dan mengerjakan pekerjaan secara sendirian seperti pertanian secara kecil-kecilan. Manakala sebahagian besar penduduk adalah terdiri daripada yang bekerja dengan Agensi kerajaan dan Sektor Swasta.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA KEMAS LABONG
Aktiviti Terkini | 13 Disember 2023Tujuan Utama Lawatan ini membawa pelajar-pelajar melihat Komputer dan menggunakannya. ..........baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI SMK NITAR 2
Aktiviti Terkini | 15 November 2023Tujuan Utama adalah menyampaikan dan berkongsi maklumat yang benar dan kebebasan menggunakan teknologi terkini..........baca selanjutnya
PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1443H/2023 DI MASJID KG BARU AIR TAWAR
Aktiviti Terkini | 7 Oktober 2023Tujuan Utama adalah Menyambutan Kelahiran dengan menzahirkan kecintaaan kepada Nabi Muhammad sebagai pemimpin, inspirasi dan Rasul kepada ummah ini.........baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI MRSM MERSING PERINGKAT NEGERI JOHOR
Aktiviti Terkini | 5 September 2023Tujuan Utama adalah Menerangkan dan menyampaikan kebaikan dan Keburukan penggunaan Internet di masa kini........baca selanjutnya
PROGRAM LAWATAN TABIKA KEMAS TAMAN INTAN JAYA
Aktiviti Terkini | 16 Ogos 2023Menerangkan Erti Kemerdekaan.......baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DAN CELCOMDIGI “SAFE”
Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2023Menyampaikan Maklumat kebaikan dan keburukkan internet.......baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti Terkini | 26 Julai 2023Menyampaikan Maklumat kebaikan dan keburukkan internet.......baca selanjutnya
PROGRAM PENGHASILAN GUBAHAN KREATIF (“BOUQUET” COKLAT)
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2023Mempelajari Cara menghasilkan “Bouquet” .......baca selanjutnya
Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Komuniti Pedi
Aktiviti Terkini | 6 Mei 2023Mengeratkan Hubungan Silaturahim dan ikatan ukhuwah yang berpanjangan dan berkekalan.......baca selanjutnya
PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK DAN TADARUS AL QURAN
Aktiviti Terkini | 5 April 2023Berkongsi maklumat apa itu Program iSemarak Niaga......baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT KEUSAHAWANAN BERSAMA BSN (SEMARAK NIAGA)
Aktiviti Terkini | 9 Mac 2023Berkerjasama memasakan Bubur Lambuk dan menyedarkan kepada Komuniti Setempat......baca selanjutnya
PROGRAM MEMBUKA BOOTH DI MAJLIS APRESIASI KANAK-KANAK MERSING
Aktiviti Terkini | 18 Februari 2023Mengeratkan Hubungan Silaturahim antara kakitangan PEDi dengan kakitangan Kemas dan Pengunjung......baca selanjutnya
PROGRAM MENCIPTA KAD HARI JADI DIGITAL MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA
Aktiviti Terkini | 21 Januari 2023Mengeratkan Hubungan Silaturahim antara kakitangan PEDi dengan Peserta Pertandingan serta ibu bapa peserta......baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya